KEPUTUSAN SPM 2017
- Super User
KEPADA SEMUA PELAJAR SPM 2017
Etika pakaian ketika mengambil keputusan SPM Tahun 2017, pada hari Khamis, 15/3/2018.
- Lelaki, baju kemeja, seluar slack dan berkasut serta stokin.
- Perempuan baju kurung dan berkasut/sandal.
Terima kasih ~ PK. HEM
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2017
- Super User
Sempena pengumuman keputusan STPM Penggal 2 hari ini, satu majlis khas telah diadakan bagi menyerahkan slip keputusan kepada semua pelajar.
Majlis bermula dengan pengumuman dan kemudian penyerahan keputusan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang (3.33 pointer keatas). Seramai 27 pelajar berjaya mencapai keputusan cemerlang pada penggal lepas.
Pencapaian PNG sekolah juga menunjukkan peningkatan dan beberapa mata pelajaran telah memperbaiki pencapaian. Dua orang pelajar berjaya mendapat keputusan 4.0. Syabas dan tahniah kepada para pelajar dan guru-guru mata pelajaran berkenaan.
SMKADG Johan Badminton P15 Marang
- Super User
Tahniah diucapkan kepada SMKADG kerana berjaya menjadi johan kategori P15 bagi pertandingan badminton daerah Marang 2018
SMKADG Johan Ping-pong P18 Marang
- Super User
MARANG, 31 Jan 2018 : Tahniah kepada adik AINA ADILAH BINTI MOHAMAD IZZAT, kerana menjadi johan kejohanan Ping-pong P18 daerah Marang.
CERAMAH MOTIVASI OLEH PU FAISAL
- Super User
MARANG, 20 Jan 2018 : Satu ceramah Motivasi telah diadakan oleh pencermah motivasi terkenal pencetus umah (PU) Faisal b ibrahim. Ceramah motivasi ini diadakan untuk meningkatkan motivasi pelajar bagi menghadapi peperiksaan awam. Pelajar yang terlibat adalah dari tingkatan 3,5 dan 6.
MESYUARAT AGUNG BADAN BERUNIFORM
- Super User
MARANG, 16 Jan 2018 : Mersyuarat agung badan beruniform telah diadakan hari ini dibeberapa lokasi yang telah ditetapkan. Mesyuarat ini telah di hadiri oleh semua tingkatan 1 hingga 6 serta guru masing-masing. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti perlantikan AJK 2018 dan perancangan aktiviti untuk tahun 2018.
Menurut Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Rokiah bt Hassana, di antara lokasi mesyuarat ialah di Makmal sains, Dewan makan, Perpustakaan, Kantin serta bilik Kuliah. Berikut adalah senarai unit beruniform yang terlibat.
Badan Beruniform Agensi Kerajaan (GO)
- Kadet Polis
- Kadet Bomba
- Kadet Remaja Sekolah (di bawah Kem. Pendidikan Malaysia)
Badan Beruniform Bukan Agensi Kerajaan (NGO)
- Pengakap
- Persatuan Bulan Sabit Merah
- Pandu Puteri
- Puteri Islam
Badan Beruniform Yang Diluluskan Pendaftar
- Seni Bela Diri (Taekwando & Silat)